Pages

Tuesday 24 July 2012

TERBAIK-Piramid Di Mexico (7 Gambar)

JIKA bandar raya lain berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit, di tengah Mexico City, arkitek kini sibuk merealisasikan pembikinan bangunan lebih luar biasa - pencakar bumi.
Mengikut rancangan, mereka mahu membina bangunan 65 tingkat sehingga 300 meter ke dalam tanah.

Berbentuk seperti piramid terbalik, bangunan itu bakal dibina di ibu negara Mexico dan sepatutnya memiliki ketinggian kira-kira sama dengan bangunan lain di situ.
Daripada 65 tingkat itu, setiap 10 daripadanya dikhaskan untuk kediaman dan kedai, selain sebuah muzium serta 35 tingkat lagi untuk dijadikan pejabat.

Di bahagian paling atas bangunan ini dipasang lapisan kaca untuk menutup lubang empat segi sama seluas 240 meter x 240 meter.Selain bertindak sebagai bumbung, ia juga membolehkan cahaya matahari digunakan bagi menerangi bahagian lebih rendah di dalam tanah.


Pegawai firma arkitek BNKR Arquitectura, Esteban Suarez, berkata bangunan itu turut menempatkan sebuah pusat kebudayaan baru untuk Mexico.










No comments:

Post a Comment